Posted by: ssdmkota | February 2, 2010

Salam dan selamat sejahtera . Terlebih dahulu saya merakamkan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat untuk mengumpul data ssdm . Kemungkinan tuan puan menghadapi masalah untuk merekod data ssdm untuk bulan Januari kerana sistem maklumat murid ( SMM ) telah bertukar versi 4. Oleh kerana Sistem Salah Laku Murid ( SSDM ) masih menggunakan versi lama ia tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang terdahulu.

Oleh yang demikian perkara ini telah pun dipanjangkan kepada Tn Haji Zaki ( tuan punya sistem ) untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang tersebut. Hasil perjumpaan dengan beliau telah pun dapat menyelesaikan berkenaan . Walaubagaimanapun sistem yang beliau sediakan masih di peringkat percubaan. Setup SSDM baru ini boleh diperolehi di pautan ini http://www.box.net/shared/zh29ilaynj

Fail ini dalam bentuk rar.zip . Fail boleh diekstrak dan dipastekan dalam folder SSDM . Pastikan tuan puan telah pun membuat backup data sebelum berbuat demikian. Jika dalam komputer tuan tiada rar.zip ia boleh di muat turun di tapak  http://www.box.net/shared/41mj16s7e4. Jika setup ini berjaya bermakna ia boleh digunakan dengan sepenuhnya. Pastikan SMM dalam folder HEM tuan puan adalah yang terkini yang tuan puan perolehi dari guru SMM .

Selamat mencuba . Sila hubungi JU untuk penjelasan lanjut.

Untuk penghantaran data ia boleh dihantar secara online di tapak  http://creator.zoho.com/ssdmkota/data-ssdm-kota-tinggi/# . Data ssdm hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada setiap 5 haribulan bulan berikutnya. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan data ssdm di peringkat daerah. Kerjasama dan perhatian tuan puan amat dihargai.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: