Posted by: ssdmkota | January 29, 2010

Masalah Disiplin

Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak generasi pelajar dan golongan remaja akan membesar menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial di dalam masyarakat. Kemerosotan akhlak di kalangan generasi muda pasti akan merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan pelajar sendiri mengenai apakah jenis masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga ingin melihat adakah faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, bilangan adik-beradik dan pengaruh rakan sebaya mempunyai corak hubungan dengan jenis masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah temubual berstruktur dan analisis kandungan. Populasi kajian adalah terdiri daripada 910 orang pelajar normal iaitu 5 12 orang pelajar lelaki dan 398 orang pelajar perempuan. Jadual untuk menentukan sampel saiz kajian ini adalah mengikut kajian Krejcie & Morgan (1972), iaitu sampel kajian adalah terdiri daripada 270 orang pelajar sekolah menengah. Kajian ini adalah bersifat “cross sectional”. Penyelidikan ini dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary dalam daerah (pendidikan) Kota Setar, Negeri Kedah Darul Aman. Seramai 270 orang pelajar lelaki dan perempuan normal terlibat sebagai subjek kajian. Dalam kajian ini data dan maklumat yang diperolehi hasil daripada temubual berstruktur yang dijalankan disemak dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Peratusan akan digunakan untuk menggambarkan corak hubungan di antara latar belakang pelajar terhadap jenis masalah disiplin yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa memang terdapat masalah disiplin di kalangan pelajar. Pada amnya faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, bilangan adik-beradik dan pengaruh rakan sebaya mempunyai corak hubungan dengan masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar. Frekuensi menunjukkan masalah disiplin jenis penipuan dan jenis kepentingan masa adalah yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar. Daripada jadual silang didapati corak hubungan latar belakang pelajar dengan jenis masalah disiplin pelajar menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih banyak melakukan masalah disiplin berbanding dengan pelajar perempuan, umur tiga belas tahun lebih banyak melakukan masalah disiplin berbanding dengan umur yang lain, mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan seterusnya pendapatan keluarga yang kurang daripada RM 600.00 sebulan melakukan lebih banyak masalah disiplin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: