Posted by: ssdmkota | February 2, 2010

Menangani masalah ponteng sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH

——————————————————————————–

Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggiperatus penglibatan di kalangan pelajar. Hastar Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect’ dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.

2. Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

3. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindkan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Bku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng.

5. Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan:

5.1 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut.

5.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya.

5.3 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

5.4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.

5.5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.

6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di negeri Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

# Adakah kita bersungguh-sungguh menanganinya?
Bagaimana dengan tugas-tugas yang lain?
Apakah komen ibu bapa?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: